KHUTBAHJUMAAT

Monday, September 27, 2004

TEKS KHUTBAH PILIHAN JUMAAT MASJID DARI SELURUH NEGARA

Diambil dari:
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah30.html
Merujuk dari sumber Fatwa disini (sila klik)
dan juga disini.


TAJUK : JIMAT CERMAT DAN PENABUNGAN
TARIKH : 11 OGOS 2000 (11 JAMADILAWAL 1421).
=======================================

Sidang jumaat yang berbahagia,

Hari ini dunia sentiasa berubah dan perubahannya itu berlaku terlalu cepat. Jika kita tidak bersepadu tentang perubahan itu maka kita akan ketinggalan dibelakang dan tidak ada siapa yang ingin berusaha membawa kita kehadapan, kita akan terus rugi buat selama-lamanya.
Apa yang perlu kita perhatikan bersama hari itu ialah tentang kehidupan kita yang sentiasa berubah-ubah dimuka bumi ini. Kita perlu kepada kehidupan yang stabil dari segi ekonomi dan sosial.


Islam menggalakkan umatnya menstabilkan ekonomi kehidupannya dengan cara berusaha dan berjimat cermat dan menabung supaya umat Islam tidak hidup dengan cara meminta-minta. Walaupun dengan meminta sedeqah itu kita akan mendapat rezeki halal tidak seperti mencuri, merompak, menipu dan sebagainya, namun perbuatan meminta sedeqah itu tidak digalakkan sama sekali dalam Islam.

Umat Islam disuruh berusaha dan membelanjakan pendapatannya dengan betul dan munasabah. Selebihnya hendaklah disimpan dalam satu tabung untuk kegunaan diri sendiri dimasa susah atau untuk memberi bantuan kepada orang ramai yang menghadapi kesulitan dan kesusahan atau untuk membantu menegakkan syiar Islam. Dan penyimpanan itu harus dilakukan dengan cara yang betul dan selamat.

Banyak agensi-agensi kewangan yang boleh kita gunakan untuk menyimpan atau menabung wang kita, diantaranya ialah tabung haji yang memang sudah terkenal dikalangan umat Islam bukan sahaja untuk menolong umat Islam menguruskan diri untuk menunaikan haji. Akan tetapi ada lagi usaha lain yang sedang diperkenalkan, iaitu mengajak umat Islam menyimpan dan menabung pendapatannya yang berlebihan itu untuk kegunaan harian dengan tanpa menjejaskan wang simpanan yang asal. Banyak cara penabungan yang telah diperkenalkan diantara yang terbaru ialah dinamakan – pelan tabungan untuk saraan bulanan.

Sidang jumaat yang dimuliakan,

Untuk makluman bersama mimbar ingin mengambil kesempatan sedikit untuk menerangkan kepada sidang hadirin sekalian cara penyimpanan wang ditabung haji mengikut "pelan tabungan untuk saraan bulanan " itu.

Pelan tabungan untuk saraan bulanan itu ialah satu pelan perancangan yang disediakan oleh badan berkenaan dimana keuntungan yang diperolehi dari wang simpanan yang dilaburkan itu dikreditkan dalam akaun penyimpan pada akhir tahun. Keuntungan itu akan dikeluarkan secara insurans bulanan mulai bulan yang ketiga belas, setelah segala syarat yang ditetapkan itu dipenuhi oleh setiap penyimpan.

Sidang jumaat yang dihormati sekalian,

Tujuan pelan itu diwujudkan ialah untuk memberikan kemudahan kepada penyimpan-penyimpan tabunghaji yang memerlukan saraan bulanan bagi keperluan harian tanpa menjejaskan simpanan yang terkumpul. Untuk pengetahuan sidang jumaat, mereka yang boleh mengikuti pelan ini ialah pertama, dikalangan pesara-pesara; kedua, mereka yang akan atau yang telah bersara serta telah mendapat bayaran bonus bersara; dan ketika mereka yang telah menerima pampasan tanah atau hasil jualan harta atau saham dan juga mereka yang mempunyai wang tidak kurang daripada RM 10,000.00. Mereka yang disebutkan tadi boleh menyertai pelan tabungan untuk saraan bulanan disamping bersedia untuk menunaikan haji pada bila-bila masa yang diperlukan.

Saudara kaum muslimin yang dikasihi,

Ramai kaum muslimin hari ini yang telah sedar betapa untungnya menyimpan wang diagensi tabung haji selain daripada memudahkan kita menyediakan bekalan pergi mengerjakan haji, ia juga memberikan beberapa keuntungan yang boleh dikongsi bersama. Antaranya :

Segala wang yang disimpan tidak dikenakan cukai pendapatan

Wang yang disimpan telah dikeluarkan zakat oleh tabung haji,

Setiap wang yang disimpan dijamin keselamatannya oleh kerajaan Malaysia,

Wang yang disimpan dilaburkan di dalam perusahaan yang halal secara Al-Mudharabah, Al-Musyarakah, Al-Murabahah dan lain-lain muamalat yang dihalalkan oleh Islam.

Keuntungan tidak kurang daripada 8% setelah ditolak zakat akan diberikan setiap tahun, dan

Kemudahan mengeluarkan wang tabungan boleh dibuat pada bila-bila masa tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Rancangan yang baik itu perlulah kita sokong beramai-ramai agar ianya berjaya memberikan keuntungan dan keselesaan kepada umat Islam untuk menunaikan haji dan juga membangunkan ekonomi.

Saudara yang dikasihi,

Mengerjakan haji adalah satu ibadat, menabung juga satu ibadat, membina ekonomi juga satu ibadah, memberikan sokongan dan menggalakkan menabung adalah satu ibadah, oleh kerana itu sama-samalah usahakan ibadat ini semoga ianya memberikan suatu pulangan yang baik kepada kehidupan kita didunia dan di akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, " Allah sentiasa menolong hambanya selama hambanya itu sentiasa memberi pertolongan terhadap saudaranya ". Allah juga berfirman dalam surah Al-Haj ayat 77, maksudnya :

" Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah tuhan kamu dan buatlah kerja-kerja kebajikan mudah-mudahan kamu akan menjadi orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat "

Catitan: Memang tidak dapat dinafikan:
Kita terpaksa mencari jalan untuk berjimat cermat demi masa depan dan dimasa kesusahan.
Langkah awal mesti dimulakan.
Halaman Utama Jaringan Maklumat Masjid Seluruh Negeri Melaka - klik
Kedatangan Ramadan

3 Comments:

At January 15, 2006 at 3:25 AM, Blogger dwainhuron90517067 said...

I read over your blog, and i found it inquisitive, you may find My Blog interesting. My blog is just about my day to day life, as a park ranger. So please Click Here To Read My Blog

http://www.juicyfruiter.blogspot.com

 
At March 29, 2006 at 10:00 PM, Blogger markericks4340331221 said...

Do you want free porn? Contact my AIM SN 'abunnyinpink' just say 'give me some pics now!'.

No age verification required, totally free! Just send an instant message to AIM screen name "abunnyinpink".

Any message you send is fine!

AIM abuse can be reported here.

 
At May 16, 2006 at 2:56 PM, Blogger 8n21cfbv said...

Get any Desired College Degree, In less then 2 weeks.

Call this number now 24 hours a day 7 days a week (413) 208-3069

Get these Degrees NOW!!!

"BA", "BSc", "MA", "MSc", "MBA", "PHD",

Get everything within 2 weeks.
100% verifiable, this is a real deal

Act now you owe it to your future.

(413) 208-3069 call now 24 hours a day, 7 days a week.

 

Post a Comment

<< Home